Saturday, July 14, 2018

ISTILAH SAINS TAHUN 5

  1. Jerumun-Rumpunan semak
  2. Migrasi-Penghijrahan bermusim
  3. Hibernasi-Tidur yang panjang yang menjadikan haiwan kurang aktif
  4. Kemandirian spesies-Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya
  5. Rantai makanan-Hubungan makanan antara hidupan
  6. Siratan makanan-Gabungan beberapa rantai makanan dalam satu habitat
  7. Pencaran-Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya
  8. Tenaga-Kebolehan untuk membuat kerja
  9. Tenaga suria-Tenaga daripada matahari
  10. Tenaga yang boleh dibaharui-Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan
  11. Tenaga yang tidak boleh dibaharui-Tenaga yang tidak boleh dijana semula kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan
  12. Pantulan cahaya-Cahaya yang melantun semula apabila mengena sesuatu permukaan
  13. Biasan cahaya-Cahaya yang dibiaskan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain
  14. Litar bersiri-Litar yang mempunyai satu laluan untuk tenaga elektrik mengalir
  15. Litar selari-Litar yang mempunyai dua/lebih dari satu laluan untuk tenaga elektrik mengair
  16. Suhu-Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
  17. Jirim-Objek yang mempunyai jisim,memenuhi ruang dan boleh dilihat,disentuh/dirasa
  18. Kondensasi-Perubahan gas kepada cecair apabila disejukkan
  19. Pendidihan-Perubahan cecair kepada gas apabila dipanaskan
  20. Penyejatan-Perubahan cecair kepada gas apabila menerima haba
  21. Peleburan-Perubahan pepejal kepada cecair apabila menerima haba
  22. Pembekuan-Perubahan cecair kepada pepejal apabila disejukkan
  23. Asid-Berasa masam apabila dirasa dengan lidah(kertas litmus:biru---->merah)
  24. Alkali-Berasa pahit dan rasa licin apabila disentuh(kertas litmus:merah--->biru)
  25. Neutral-Rasa yang pelbagai iaitu tawar,manis dan masin(kertas litmus:tiada perubahan)
  26. Putaran bumi-Dari barat ke timur,mengikut arah lawan jam selama 24 jam
  27. Peredaran bumi-Dari barat ke timur,mengikut arah lawan jam selama 365 1/4 hari
  28. Taqwim Qamari-Takwim yang dibina berdasrkan fasa-fasa bulan
  29. Fasa-fasa bulan-Bentuk-bentuk bulan yang kelihatan seolah-olah berbeza 

No comments:

Post a Comment